BULUHSERI

BULUHSERI,

Adalah sebuah jenama baru dalam industri Madu Lebah Kelulut, atau dikenali sebagai stingless bee honey, atau trigona honey.

BULUHSERI adalah gabungan usahasama beberapa pengusaha Madu Lebah Kelulut & Institusi Pengajian dan Pembangunan Pertanian Malaysia, atau lebih dikenali sebagai MARDI.

Madu BULUHSERI adalah 100% asli dan berkhasiat tinggi, telah melalui proses pengeringan dimana kandungan air telah disejat mengikut kadar yang sesuai bersandarkan piawai industri.

Madu Lebah Kelulut dipercayai mempunyai khasiat jauh lebih tinggi dari pelbagai madu di pasaran. Lebah Kelulut yang lebih kecil saiz-nya dapat memasuki ke dalam lebih banyak bunga-bunga dipersekitaran lalu mengumpul zat pokok-pokok tersebut.

Kajian tentang khasiat Madu Lebah Kelulut sedang giat di dokumentasikan oleh pengkaji tempatan. Secara umumnya, madu ini amat istimewa dengan keunikan-nya tersendiri.

Exclusive Mockups for Branding and Packaging Design

Advertisements

Cerita Madu

Dalam penggunaan bahasa kita, madu digunakan dengan pelbagai gaya. Kalau lelaki nak tambah cawangan si isteri kena bermadu, kalau berpisah dikatakan habis madu sepah dibuang, tapi kalau bahagia pergi la berbulan madu.

Aku duk korek kisah silam bangsa kalau-kalau ada cerita madu dalam penulisan lama. Ada beberapa yang aku jumpa, tapi perlu masa untuk dikaji. Yang jelas tercatat, ada perihal yang menceritakan tentang pedagang kita membawa masuk madu dari berdagang di negari arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah juga ada mencatatkan, madu dijadikan simbol kebangaan pada zaman firaun, siap di pahat semadi dalam heroglif. Ada pengkaji sejarah terjumpa satu bekas madu dalam salah satu piramid. Umur 3000 tahun katanya. Masih boleh dimakan. Menurut saintis, kandungan ‘Hydrogen Peroxide, high acidity & low moisture content’ buat madu ni kekal lama.

Catatan penulisan perubatan antara yang tertua 2000BC pada zaman Sumerians, zaman nabi Ibrahim as mungkin, ada menceritakan kebaikan madu. Antaranya untuk penyembuhan luka luar dan dalam badan, ulcers, sakit di bahagian mata, paru-paru, kulit dan dikisahkan dengan lebih terperinci – sakit pada usus dan perut.

Madu juga digunakan sebagai tonik untuk awet muda, sehingga seorang maharaja Cina, walaupun gagal, telah mengamalkan madu untuk cuba hidup kekal selamanya.

Di dalam buku-buku Ibn Sina (980 – 1037), tercatat pelbagai faedah penggunaan madu. ‘The Canon of Medicine” ada dicatatkan dengan mengambil madu seseorang akan rasa lebih riang, rasa segar, dapat membantu penghadaman, menyembuhkan demam dan selsema, menambahkan selera makan, memperbaiki ingatan, permudahkan gerak lidah untuk berkata-kata dan nampak lebih muda.

“.. untuk mereka yang berfikir” (an nahl 69)

fossil lebah

Kenapa Madu?

Hari ni berkesempatan bertemu seorang sahabat lama. Dalam berbual, dia menceritakan tentang keadaan bapanya yang keluar masuk hospital, walaupun sebelum tu dah 2 minggu dirawat sakit semput akibat paru-parunya. Teringat pula bapaku yang baru ni telah pergi mengadap iLahi, setelah bertahun-tahun mengidap penyakit kencing manis. Raya yang sudah, hari ke-5 ku menziarahi makcikku dihospital, dia mengidap pelbagai komplikasi yang asalnya dari penyakit kencing manis.

Ramai sebenarnya yang senasib, bukan disekelilingku sahaja. Orang kata biasalah, lumrah. Bila umur dah meningkat, pelbagai penyakit akan datang. Tapi betul ke lumrah?

Atuk ku pergi waktu sedang duduk menunggu azan, tiada sakit cuma dah sampai waktu. Moyang ku, keracunan makanan cholera dalam kerang, tiada sakit apa- apa sebelum tu. Kekasih kita junjungan besar Nabi pun sakitnya pendek. Dan kalau nak cerita lagi, ramai orang-orang yang terdahulu pergi tanpa penyakit yang berpanjangan.

Tapi hari ini, berbeza.

Dalam pembacaanku dan sedikit kajian, aku yakin punca utama pelbagai penyakit kronik hari ini datangnya dari makanan. Penyakit itu berpuncanya dari perut. Dan sudah tentu dalam perut la terkumpulnya semua makanan dan minuman yang kita telan. Ada yang kata, penyakit itu dari lifestyle, kurang mengeluarkan peluh, ada benarnya, tapi ada sahaja yang bersenam mengidap kanser.

Abah dulu sekolah kat STAR, rugby player. Dah masuk polis terus wakil PDRM. Jauh abah pergi sebagai pemain rugby. Sampai ke Thailand dengan pasukan PDRM mewakili Malaysia. Ada sekali aku ikut abah tengok rugby game, team Cobra kalau tak silap, bola rugby tercampak kat abah, dia tangkap dengan style, kemudian ramai yang berteriak ‘orang lama, orang lama’. Dalam bersukan memang haus, kat touch line penuh hidangan air untuk player. Mak kata abah suka minum carbonated drinks, paling dia suka Coke, kalau minum sebotol besar sorang boleh habis. Tak heranlah umur belum lagi 50an abah dah kena suntik insulin.

Sebagai anak, bila abah dah kena ulang-alik hospital, kita kenalah jalankan tugas. Disitu, sikit demi sedikit aku mula faham macam mana sakit kronik, seperti diabitis boleh terjadi. Ada yang kata turun-temurun. Memang atok perempuan aku mengidap diabitis, fikir-fikirkan aku pon ada potensi. Dalam bertanya, aku mula rajinkan diri dan membaca, mencari jawapan, macam mana agaknya penyakit abah boleh baik. Bukanlah mudah mencari jawapan. Pencarianku pun tersekat-sekat. Biasalah, komitmen duniawi.

Selang lama kemudian, dengan izinNya, aku diberi peluang untuk berjinak-jinak dalam hobi bercucuk tanam. Sahabatku banyak bercerita tentang baiknya tanaman tu, tanaman ni. Nak baik lagi, cara tanamnya macam tu, cara tanamnya macam ni. Mindaku terbuka. Aku lapangkan dada, mohon dariNya untuk tingkatkan pengetahuanku tentang ilmu alam. Sedikit demi sedikit, aku faham dari mana datangnya punca makanan, bagaimana makanan kita diternak, ditanam, diproses dan disediakan. Aku juga mula faham, hidup di kota penuh toksik. Bila berada didalam kebun, ianya berbeza, semuanya tenang dan udara pun nyaman.

Dalam proses mengenal ilmu alam aku telah didedahkan dengan apa itu glyphosate, GMO, industrial farming, vaccine, dedak, pesticide, herbicide, segala cide yang ada, petrol base fertilizer, monoculture farming, processed food, preservatives, fluoride, chlorine, bleaching, granulated sugar, treated salt dan bermacam lagi.

Aku baru tahu, inilah apa yang ada dalam makanan harian kita. Waktu nenek moyang kita, makanan kita takde unsur-unsur ni. Dan bila takde unsur-unsur ni, jarang sekali lah kita dengar dia orang sakit lama.

Bila dah tahu punca, persoalanku yang dulu bertanya macam mana nak rawat penyakit abah telah bertambah. Dengan maklumat baru yang aku ada, sekarang aku duduk fikir macam mana nak mencegah dari aku dan keluargaku boleh mengidap penyakit macam abah. Sudah pasti, puncanya adalah makanan.

Bagaimana agaknya makanan yang kita makan disediakan? Ikut pengetahuan dan pengalamanku, inilah cara bila kita nak makan.

1. Orang ternak, sembelih — orang masak — kita pergi kedai – kita order – kita makan.

2. Orang ternak, sembelih – kita beli di pasar – kita masak — kita makan.

3. Kita ternak, sembelih – kita masak – kita makan.

Lebih kuranglah, lagi kurang prosesnya lagi bersih, selamat, halalan toyyibah.

Cara 1 & 2, kita tiada kawalan punca makanan, biasanya berpandukan label, tapi tiada yang kita tau asal-usul sumber makanan kita secara terperinci. Cara 3, kita ada kawalan sepenuhnya, apa yang kita ternak itulah yang kita makan.

Secara realiti, hampir mustahil untuk kita sediakan makanan ikut cara yang ke 3. Maklumlah, kerja dari pagi sampai ke petang, redah jamm lagi, sebuk dengan kerja sekolah anak, ke masjid, mengaji dan ada juga yang sebuk bermedia sosial sehingga masa yang ada cukup untuk sediakan makanan dengan cara yang no.1. Dan sememangnya, itulah pilihan yang ada buat kebanyakkan orang.

Jadi, kita makanlah fast food, makan yang telah diproses, yang kita ingat daging tapi apa dia letak kita pon tak tau, pasal bukannya kita nampak, kita cuma pecayakan label. Takpun, kita makan makanan panas, orang yang masak entah siapa, makanan yang dihidang disangka daging rupanya lidah, tapi sama je rasanya. Bukan tak boleh, cuma, memang kita tak tahu asal-usul sumber makanan kita. Nak cepat punya pasal, halal ke tidak, kita tau sesudah lama, itupun bila dah viral, anak-anak kita pon dah berulangkali makan.

Bila dah giat bercucuk tanam ni, aku akui, bukan mudah, malah ianya amat berat, dan kederat yang diperlukan tuhan sahaja yang tahu, lama perjalanan untuk kita tuai hasilnya. Susah, tak sesuai dengan zaman sekarang yang serba mudah. Satu call sahaja, pizza pon sampai. Coffee pon 3in1.

Tuhan itu Maha Kaya.

Aku diperkenalkan oleh sahabat lama, seorang yang bagiku amat beruntung, tinggal jauh dari kesesakkan harian kota, dikelilingi dengan tumbuhan hijau, sumber air nya bersih dari bukit, bagiku, inilah cara hidup sihat yang aku sudah mulai kenal. Orang kata kalau minat dah ke sesuatu arah, Allah akan temukan orang-orang yang sefikiran dengan kita. Sahabat baru ku ini adalah pencinta alam. Penternak lebah kelulut.

Pada awalnya, minatku terhadap lebah kelulut ini tidaklah mendalam, tapi setelah seringkali dihinggap lebah ni, aku dan sahabat berkebun ku mula cuba mengenal dengan kadar yang mampu. Aku mula menternak, mula dengan satu koloni. Kurang hasilnya, tapi aku puas hati, kerana dapat melihat sendiri bagaimana pokok limau yang ku tanam, bunganya dikerumuni lebah. Tidak lama kemudian aku berpeluang untuk menambah koloni dan akhirnya aku telahpun minum madu lebah kelulut ramuan kebunku. Tiada cara 1 & 2. No.3 pon skip masak. Alhamdulillah.

Dalam tempoh aku belajar, mengenal hingga menternak, abah telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Baru sekali aku sempat beri madu pada abah. Abah kata, madu ni buat badan dia rasa sedap, habis dia minum. Abah ceria aja masa bagitau yang dia suka madu ni. Ditakdirkan ajal abah dah sampai, tidak sempat untuk ku cuba kalau-kalau boleh sembuh kecing manis abah.

Namun, dalam mencari, aku amat terkesan dengan satu ayat Quran dalam surah an Nahl ayat 68 & 69; dimana Allah ta ‘ala berfirman, Dia mengilhamkan lebah untuk menghasilkan madu, dan madu itu adalah penawar… bagi orang-orang yang berfikir.

Banyak ayat dalam Quran menceritakan tentang tanaman, ternakkan, buah-buah yang berkhasiat, tapi sebagai penawar, madu disebut dengan jelas.

Dalam umurku yang menjangkau 40an, aku sudah mula rasa kehilangan nikmat pandangan mataku yang makin kabur, rambutku sudah mula tumbuh uban dan semakin kurang, gigi dan gusi sudah tak sekuat waktuku muda dan badan terasa amat letih bila memandu jauh lewat malam, tidak macam dulu lagi. Yang pastinya, lagi meningkat umur kita, lagi kurang la kekuatan badan kita secara amnya. Amat logiklah dikirakan, tahap ketahanan dalaman badan pun menurun.

Sewaktu bersembang sama sahabatku, dia menceritakan bagaimana bapanya muntah selepas makan ubat. Katanya, ubat baru yang doktor kasi tak sesuai dengan 13 ubat yang selama ini dia makan, agak terlebih pahit. Abah dulu pun berbekal-bekal ubatnya. Dekat-dekat hari terakhir abah, dia dah tak mahu pergi hospital lagi. Abah kata, penat. Sakit dicucuk sana, dicucuk sini. Hari aku menulis ni, dah masuk 13 Syawal, dah 8 hari sejak aku menziarah makcikku, yang pada hari ini masih di dalam hospital.

Namun, dalam perbualanku, bila aku bercerita tentang kebaikkan madu, ada diantara kami mencadangkan ubat-ubat baru. Yang terkenal zaman ni, penemuan stem cell. Harganya pon boleh tahan. Tapi ianya diwar-warkan amat berkesan. Aku akui, ada testimoni yang kesannya positif, tapi apakah kesan jangka panjang. Yang pasti, kesannya kenalah terus menerus berbelanja melanggani ubat tersebut, belum lagi kesan yang berlaku pada organ lain badan.

Mengikut pengetahuanku yang tak seberapa ini, ubat-ubatan yang dimakan dalam perubatan moden lebih kepada menundukkan simptom penyakit, yang lainnya merangsang sistem imunisasi yang sedia ada dalam badan. Baru ini aku terbaca, rawatan chemo yang dilakukan untuk pesakit kanser selain membunuh sel-sel kanser, ianya juga membunuh sel-sel didalam badan yang dapat membantu merawat kanser. Mungkin aku silap. Tapi bekas sahabat serumahku dan makcikku yang melalui rawatan ini sudah lama pergi.

Ubat ubatan yang kita sering makan bukanlah asli, ianya adalah buatan manusia. Lebih dikenali dengan kata ‘artificial’. Dan untuk memastikan ubat-ubatan ini menjadi bentuk pil, sudah pasti pelbagai artificial element digunakan, yang bukan semuanya diperlukan dalam rawatan pun. Siapa yang nak makan sarung kapsul kalau tak sakit.

Dulu waktu kecil, abah paksa aku adik beradik makan vykamin, warna merah dan hitam, combination dua kapsul yang banyak zat zat vitaminnya, terutama sekali ketika sahur, untuk tahan berpuasa kata abah. Mak pun sampai hari ni, gemar betul dengan pil vitamin C. Asal selsema, makan. Kaya dah makcik amway. Aku pun sama aja, tapi taklah se istiqomah orang tua ku, adalah 2-3 kali beli omega 3 oil, makanlah kapsul tu. Tapi hari ini, aku dah tak makan makanan sampingan buatan manusia, aku makan makanan sampingan yang Maha Pencipta sediakan, yang Dia sendiri bagitau, ia adalah penawar.

Baru ni mak demam, doktor kata suspect pneumonia, dah keluar referral letter ke hospital, tapi mak taknak pergi. Berkesempatan sembang dengan seorang sahabat, dia kata, makcik dia disyaki ada pneumonia dan diletakkan dalam keadaan induced coma. Tak recover. Nasib mak tak pergi. Aku suruh mak makan madu, tiap-tiap pagi. Semalam ziarah mak kejap, dah bergelak ketawa dah, sampai pukul 12 malam mak layan aku. Mak kata, sedap rasa perut sejak amalkan madu, lama kekal dalam wudhu, biasalah orang tua.

Dalam pencarianku, apakah rawatan yang sebaiknya untuk penyakit abah, aku ditemukan dengan madu. Bukannya aku tak tau madu ni baik, cuma kebaikkannya tidak terkesan dengan fahamanku dahulu.

Hari ini ramai sahabatku yang sudah mula merosot kesihatannya, ramai yang orang tuanya mengidap pelbagai penyakit, tetapi masih setia pada ubat buatan manusia.

Bila umur dah meninggkat, pemahaman agama makin bertambah, kita saling nasihat menasihati, kalau bukan berdepan melalui fon pon jadi. Samalah, aku pun sama je dan ada je orang sering nasihat. Sering kita sampaikan, ikut al Quran, ikut sunnah. Tetapi secara realiti, ada ke tidak kita lakukan, dalam soal bab makan.

Apakah lumrah bagi kita yang bersyahadah.

Ikhlas, dariku.

 IMG-20170712-WA0025

Dari kiri; aku, pencinta alam penternak kelulut & sahabat berkebunku